Alhamdulillah...Dengan penuh kesyukuran saya memanjatkan doa dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana dengan limpah kurnia-Nya, laman blog Sekolah Agama Jementah ini dapat dibina.

Di dalam era ICT dan globalisasi kita tidak dapat menyangkal bahawa kepentingan mendokumenkan maklumat secara online untuk dikongsi oleh semua adalah merupakan satu perkongsian bestari dan maju selangkah ke hadapan.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat melayari laman blog ini dan jadikanlah yang baik itu teladan dan yang buruk itu sempadan.

Tujuan utama saya menghasilkan laman blog ini adalah supaya masyarakat di sini dapat mengetahui apa jua aktiviti yang akan ataupun sedang dijalankan oleh pihak sekolah ini selaras dengan keperluan zaman IT sekarang ini.

Saya adalah bekas murid di sekolah agama ini dari tahun 1975-1980. Oleh kerana minat saya yang begitu mendalam maka saya mencuba sedaya upaya untuk membina laman blog sekolah agama ini.

Saya telah mula mempelajari bidang ini sejak tahun 2006 lagi. Saya juga pernah mengikuti kursus "Pembangunan Laman Web" di jabatan tempat saya bekerja.

Oleh itu saya dengan seikhlas hati ingin menyumbangkan ilmu yang telah saya pelajari ini supaya dapat dikongsi oleh masyarakat disekeliling sekolah agama ini.

Alhamdulillah kini saya telah mula sedikit demi sedikit mula dapat membangunkan laman blog ini walaupun ada sesetengah pihak enggan membantu saya. Namun saya akan cuba memperbaiki template blog ini dari masa ke semasa.

Terima kasih kerana sudi melayari blog sekolah yang masih belum siap ini.

Semoga kita semua berjaya dengan gemilangnya.

Sekian,

Terima kasih.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Admin

;;